ips
Latihan-Tani > Info
PANDUAN PENGGUNA
Pengguna kali pertama yang hendak memohon sesuatu program pengajian hendaklah melalui 4 langkah di bawah:



1. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna sistem. Pendaftaran pengguna boleh dibuat di sini.
2. Setelah pendaftaran pengguna berjaya, anda perlu log masuk ke dalam sistem. Log masuk boleh dibuat di sini.
3. Apabila berjaya masuk ke dalam sistem, sila kemaskini maklumat peribadi anda. Tiada program pengajian dipaparkan sekiranya maklumat peribadi tidak lengkap.
4. Apabila maklumat peribadi siap dikemaskini, sila klik menu Program Pengajian untuk melihat program pengajian yang ditawarkan kepada anda. Sila pohon program pengajian yang berkaitan.

1. MENDAFTAR SEBAGAI PENGGUNA

1. Sila klik pada menu Pendaftaran Pengguna.
2. Semua ruang di dalam borang ini adalah wajib diisi.
3. Alamat e-mel: Pastikan anda mempunyai akaun e-mel. Sila masukkan alamat e-mel yang lengkap.
4. Katalaluan: Cipta sendiri katalaluan anda. Katalaluan ini diperlukan untuk log masuk ke dalam sistem.
5. Soalan Keselamatan: Soalan dan jawapan keselamatan diperlukan apabila anda terlupa katalaluan.
6. Pengakuan sebagai warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah: Sila ketik kotak di ruang pengakuan untuk membuat pengakuan. Borang ini tidak dapat dihantar selagi tiada pengakuan dibuat.

Syarat - Syarat Pendaftaran Pengguna

Pengguna mestilah:

1. Warganegara Malaysia
2. Bermastautin di Sabah

Pendaftaran pengguna boleh dibuat di sini.

2. LOG MASUK KE SISTEM

1. Sila klik pada menu Log Masuk.
2. Semua ruang di dalam borang ini adalah wajib diisi.
3. Sila masukkan nombor MyKad anda tanpa menyertakan sengkang (-).
4. Sila masukkan katalaluan yang telah anda cipta ketika mengisi borang Pendaftaran Pengguna.
5. Sila klik bebutang Daftar Masuk.
6. Sekiranya terlupa katalaluan sila klik pautan Klik di sini jika lupa katalaluan

Terlupa Katalaluan

1. Sekiranya terlupa katalaluan sila klik pautan Klik di sini jika lupa katalaluan.
2. Semua ruang di dalam borang ini adalah wajib diisi.
3. Sila masukkan nombor MyKad anda tanpa menyertakan sengkang (-).
4. Sila pilih soalan keselamatan anda.
5. Sila masukkan jawapan keselamatan anda.
6. Sila klik bebutang Daftar Masuk.

Mengemaskini Akaun Pengguna

1. Sila Log Masuk ke sistem.
2. Kemaskini akaun pengguna anda di pautan Kemaskini Akaun Pengguna.
3. Perkara yang boleh dikemaskini ialah katalaluan, soalan keselamatan dan jawapan keselamatan.

3. MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI

1. Sila Log Masuk ke sistem.
2. Kemaskini maklumat peribadi anda di pautan Maklumat Peribadi.
3. Maklumat peribadi yang tidak lengkap boleh menyebabkan tiada program pengajian ditawarkan.
4. Sila pastikan bahawa maklumat peribadi telah dikemaskini sebelum memohon sesuatu program.
5. Anda tidak akan dapat mengemaskini maklumat peribadi setelah menghantar permohonan.
6. Anda hanya akan dapat mengemaskini maklumat peribadi setelah tempoh pengambilan sesuatu program selesai.

4. MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN

1. Sila Log Masuk ke sistem.
2. Senarai program pengajian boleh dilihat melalui pautan Program Pengajian.
3. Hanya program pengajian yang sedang menjalankan pengambilan pelajar sahaja akan dipaparkan.
4. Sila klik 'Memohon' untuk memohon program pengajian.

5. MENYEMAK PERMOHONAN

1. Sila Log Masuk ke sistem.
2. Sila klik pautan Semak Permohonan untuk menyemak status permohonan.