ips
Latihan-Tani > Info
PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA
Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud selama dua (2) tahun.

SYARAT –SYARAT KELAYAKAN

1. Had Umur

   a) Berumur di antara 18 hingga 25 tahun.

   b) Bagi Penjawat Awam tidak melebihi 30 tahun pada masa program bermula (permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan).

2. Kelayakan Akademik

   Lulus SPM dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:

    a) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan),

    b) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris,

    c) Lulus dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan

    d) Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu:

  Sains, Pengeluaran Tanaman, Sains Pertanian, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan.

3. Belum berkahwin.

4. Panggilan Temuduga.

Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas sahaja akan dipanggil temuduga. Calon yang layak dipanggil temuduga akan dihubungi melalui panggilan telefon atau surat rasmi atau emel.

Calon juga boleh menyemak status panggilan temuduga melalui laman sesawang ini mulai 28 Mac 2022.

Calon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

KEMUDAHAN

1. Tempat penginapan dan makan disediakan.

2. Elaun Bulanan sebanyak RM 70.00 sebulan.

STRUKTUR PENGAJIAN

1. Program ini mempunyai empat (4) semester meliputi kuliah (30%) dan latihan kemahiran (70%) di makmal / ladang.

2. Latihan Industri dilaksanakan selama dua (2) bulan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan dibuat secara atas-talian bermula 17 Januari hingga 18 Februari 2022 (Pukul 05.00 petang) dengan melayari http://latihan.tani.sabah.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Februari 2022 pukul 5.00 petang. Permohonan lewat tidak dipertimbangkan.


PERHATIAN

1. Pemohon yang memberikan maklumat palsu semasa melengkapkan borang permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

UNIT PENTADBIRAN,
INSTITUT PERTANIAN SABAH,
PETI SURAT 102, TIMBANG MENGGARIS,
89158 KOTA BELUD,
SABAH.

No.Tel: 088 983017      No. Faks: 088 983626