ips
Latihan-Tani > Info
PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN VOKASIONAL PERTANIAN (PENYELIAAN DAN OPERASI PENANAMAN SAWIT) SESI 2022/2023

Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Program Sijil Kemahiran Vokasional Pertanian (Penyeliaan Dan Operasi Penanaman Sawit) bagi Sesi 2022/2023 di Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu selama satu (1) tahun bermula pada September 2022.


SYARAT –SYARAT KELAYAKAN

1. Berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan masih bujang pada tarikh kemasukan.

2. Lulus SPM atau SPM(V) atau SKM Tahap 2 dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:

    a) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
    b) Lulus dalam mana-mana dua (2) matapelajaran yang lain atau
    c) Mempunyai SKM Tahap 2 dalam mana-mana bidang.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon dari luar bandar yang mempunyai latar belakang pertanian.

4. Sihat tubuh badan dan mempunyai fizikal yang sempurna.

5. Berjaya dalam temuduga yang ditentukan oleh Jawatankuasa Panel Pengambilan Pelatih bagi menilai kelayakan mereka untuk mengikuti pengajian di pusat ini.

6. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas sahaja akan dipanggil temuduga.

KEMUDAHAN

1. Tempat tinggal / Asrama dan Makan disediakan.

2. Elaun sebanyak RM100.00 sebulan(calon yang layak dikehendaki menyediakan akaun bank atas nama sendiri dan masih aktif).

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dalam talian (online) akan dibuka bermula 09 Mac 2022 sehingga 13 Julai 2022 (Pukul 05.00 petang).

2. Kepada calon-calon yang berminat, bolehlah memohon dengan mengisi borang secara dalam talian (online) di laman sesawang http://latihan.tani.sabah.gov.my dengan memilih Program Sijil Kemahiran Vokasional Pertanian (Penyeliaan Dan Operasi Penanaman Sawit).

3. Pemohon yang didapati memberikan maklumat palsu semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian tidak akan dipertimbangkan.

4. Calon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan selepas tiga (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

UNIT PENGAMBILAN PELATIH
No.Tel: 011-6572 8177 / 089-880471      No. Faks: 089 880469